Mengapakah latihan alat perlindungan diri perlu dibuat? Wahai rakan sekerja kolar biru, ini adalah hak anda!
Anda mempunyai hak dibawah Akta OSH (Pindaan) 2022, seksyen 15 (2)(c) dimana;
pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja;
Sekiranya tidak mematuhi undang-undang diatas, majikan boleh dikenakan tindakan sehingga RM 500,000 atau hotel percuma di penjara Sungai Buloh sehingga 2 tahun, sepertimana seksyen 19 dibawah;
Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen 15, 16, 17 atau 18 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Dengan ini, undang-undang memang menyebelahi kita sebagai pekerja kolar biru, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Jadi mohonlah latihan ini dengan HR, atau pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Mengapakah pentingnya kita attend latihan/knowledge sharing respirator ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup?
Saya akan kongsi:
- Bagaimana kenalpasti bahaya partikulat, atau bahaya kimia dan apa beza dia?
- Bagaimana memilih jenis alat perlindungan pernafasan (respirator) berdasarkan bahaya (sepertimana item 1 tadi). Bila kita kena pakai N95? R95 pula apa itu? N95 pulak x berkesan apabila ada pendedahan kimia.. respirator chemical pula x berkesan apabila berdepan dengan partikulat (habuk simen, habuk kayu, wap logam apabila tengah welding.
- Cara menjaga respirator yang diberi, kalau kita jaga respirator, tentulah respirator akan jaga kita juga. Setakat bilas pakai sabun dan air? atau kena pakai sapuan alkohol? dan berapa kerap?
- Bagaimana hendak tahu saiz respirator kita? pergi shopping baju raya pun kena buat fitting di...fitting room kan. Inikan pula respirator yang menentukan hidup mati kita, takkanlah xda saiz kan. Kebanyakan respirator ada 3 jenis saiz; kecil (small), sederhana (medium), besar (large).
- Berapa kerap kena tukar katrij respirator kita? Jawapanya - bergantung juga kepada pendedahan kita (pentingnya kita buat CEM yang dibincang di atas), dan kepada jenis kimia yang berbahaya (kalau karsinogenik boleh mendatangkan kanser, kalau kimia tu pula ada sifat ketoksikan pembiakan, ataupun setakat bahaya akut mcm ketoksikan akut (penyedutan).
Saya telah menjalankan latihan bertahun daripada zaman masih ada leher masa bujang (gambar tengah) sampailah sekarang xda leher (gambar bawah). So jangan risau..saya boleh kongsi pengalaman dan buat sharing berdasarkan experience-based knowledge